SEMINAR PPHBM 2024

Telah berlangsung Seminar PPHBM 2024 pada 2 & 3 November 2024 di Casuarina@Meru Hotel, Perak.
Terima kasih atas sokongan daripada Pusat-pusat Hemodialisis yang menghantar peserta dan memeriahkan Program Seminar PPHBM 2024 ini. Ribuan terima kasih juga kepada Pakar-pakar Nefrologi sebagai penceramah dan syarikat-syarikat yang sudi menjadi penaja rasmi Seminar PPHBM 2024. Semoga kita berjumpa di program-program akan datang.

TAKLIMAT KHAS BERSAMA AHLI PPHBM

Telah berlangsung Taklimat Khas Bersama Ahli PPHBM pada 21 September 2024 di De Palma Hotel Shah Alam.

penubuhan persatuan

Persatuan Pengusaha Hemodialisis Bumiputera Malaysia (PPHBM) ditubuhkan pada 06 November 2006 di atas sokongan dan gabungan pada pengusaha pusat hemodialisis bumiputera Islam swasta dan NGO yang meliputi Semenanjung Malaysia. Persatuan ini merupakan satu titik tolak kepada penyatuan para pengusaha bumiputera Islam di dalam industri hemodialisis di Malaysia.

PROGRAM akan datang

Seminar PPHBM merupakan program yang dianjurkan oleh PPHBM sekali setiap tahun. Seminar ini juga turut diberikan markah CPD Point kepada peserta yang menyertainya yang mana ianya diperakui oleh Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dan Malaysian Medical Association (MMA). Program ini juga layak untuk majikan membuat tuntutan di Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

SERTAI KAMI SEKARANG!

Daftar menjadi ahli Persatuan Pengusaha Hemodialisis Bumiputera Malaysia sekarang untuk mendapatkan faedah-faedah yang ditawarkan.

Hubungi kami untuk pendaftaran.

MENGAPA PERLU DAFTAR SEBAGAI AHLI?

Politikal


PPHBM membantu pengusaha pusat hemodialisis bumiputera Malaysia untuk menjalinkan perhubungan dengan Kementerian dan pihak berkuasa untuk mengetengahkan masalah yang timbul.

Pembiaya


PPHBM membantu pengusaha pusat hemodialisis bumiputera Malaysia untuk menjalinkan perhubungan dengan Badan Pembiaya untuk urusan tertentu.

Perhubungan sesama Ahli


Membantu ahli-ahli untuk menjalinkan hubungan diplomatik sesama sendiri.

Program Kemahiran & Kerjaya

Pihak PPHBM menyediakan program-program Kemahiran & Kerjaya untuk staf-staf pusat hemodialisis.

Kemudahan Sosioekonomi Ahli

(Pembelian Pukal)
PPHBM membantu ahli-ahli dari segi ekonomi hemodialisis dengan menyediakan beberapa keistimewaan.